Dalam satu langkah menyeluruh yang dimuktamadkan melalui arahan rasmi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan garis panduan baharu berkaitan penggunaan media sosial dan penampilan profesional guru, berkuat kuasa serta-merta. Antara yang ditekankan ialah larangan memuat naik kandungan tidak sesuai di media sosial, serta etika pemakaian yang mesti kemas, sopan dan bersesuaian. Arahan ini mewajibkan semua pegawai pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan institusi pendidikan berkaitan mematuhi garis panduan ini sepenuhnya. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Seorang pemilik kedai runcit di Melaka menjadi tular baru-baru ini selepas premis miliknya menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai KPDN. Video yang dimuat naik di TikTok, pemilik premis itu kelihatan tenang dan bersikap terbuka dalam memberi kerjasama kepada pegawai yang menjalankan pemeriksaan. Cara beliau yang tegas mempertahankan bahawa kedainya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, mencuri perhatian. “Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan dengan undang-undang KPDN ni, aunty ni boleh peniaga buat contoh. Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang-undang, terbaik Aunty.” #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal, kecewa apabila ada individu yang mahu menyamannya kerana reka bentuk beg yang dikeluarkan mirip serupa dengan reka bentuk beg yang pernah tular. Menerusi satu hantaran, Aliff Syukri Kamarzaman, berkata sebagai peniaga, mereka tidak seharusnya merasa cemburu dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah S.W.T. “Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang.Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah.” “Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay.Saya terkilan kenapa nak saman.” Dia juga menegaskan bahawa beliau menjual beg tersebut pada harga yang mampu milik dengan niat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aliff Syukri turut menegaskan bahawa rezeki setiap orang telah ditentukan dan dia tidak melihat persaingan sebagai halangan, malah ingin terus berusaha membantu yang memerlukan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 nyawa di Gerik, Perak awal pagi tadi, barangan dan juadah yang dibawa pulang dari rumah keluarga menjadi saksi bisu insiden terbabit. Menurut Kosmo, ketupat dan rendang antara barangan yang dibawa oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim. Selain juadah raya tersebut, antara barangan peribadi lain yang dijumpai berselerakan di dalam bas adalah wang kertas dan bekas minuman. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment